Monday 25 July 2016

PERDANA MENTERI MALAYSIA.






Dato' Seri Najib dilahirkan di Kuala LipisPahang. Beliau merupakan anak sulung kepada Tun Abdul Razak Hussein dan Toh PuanRahah Mohammad Noah. Selain itu, beliau berdarah bangsawan Makassar iaitu susur galur daripada keturunan Sultan Hassanudin, Sultan Makasar terakhir di GowaSulawesi Selatan.[2]Pada tahun 1976, Najib berkahwin dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar dan mendapat tiga anak: Mohd Nizar Najib (lahir1978), Mohd Nazifuddin Najib dan Puteri Norlisa Najib. Pada tahun 1987 beliau bercerai dengan Ku Yie dan berkahwin dengan Datin Seri Rosmah Mansor dan mendapat dua anak lagi: Mohd Norashman Najib dan Nooryana Najwa Najib. Beliau juga sepupu kepadaDatuk Hishamuddin Tun Hussein.Najib mendapat pendidikan rendah dan menengah di Institusi St. John, Kuala Lumpur, dan kemudian belajar di Kolej Lelaki Malvern diWorchestershire, England. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri daripada Universiti Nottingham, England pada tahun 1974.ajib mula menceburkan diri dalam arena politik setelah kematian mengejut bapanya, Tun Abdul Razak Hussein di London pada 14 Januari 1976. Beliau menang tanpa bertanding merebut kerusi Parlimen Pekan yang kosong, dengan kematian bapanya. Beliau menjadi ahli parlimen termuda yang pernah dipilih dengan usia 23 tahun ketika itu.

No comments:

Post a Comment